RESIPI TUNA ROLL BUN

Assalammualaikum, selamat petang semua. Alhamdulillah, masa che mat tulis entri ni, hujan turun mencurah2 setelah lama tak hujan. Moga rahmat Allah menyusul selepas ni, dan virus covid19 beransur lenyap, kita hanya mampu berdoa, ini semua atas kehendak Allah swt. Tapi rakyat Malaysia kenalah bagi kerjasama, patuh perintah kerajaan supaya kurangkan pergerakkan sehingga 31hb Mac ini, dan dok kat rumah diam2, toksah keluar jika tak de urusan penting. Bila dah dok rumah mestilah rasa macam2 benda nak buat. Kemas2 pantry mesti jumpa sesuatu yang tak disangka, yea dak. Ada tu hampir nak ke tarikh luput. Tapi bahan2 yang che mat guna untuk bikin tuna roll bun ni bukan yang dah nak expired yea, semua baru, awass sapa yang ingat gitu!....hahaha. Tuna roll bun ni memang dah biasa che mat buat sejak dulu dan resipi dia tetap sama. Adunan asas roti tu kita boleh buat cinnamon roll, roti sosej dan macam2 lagi, ikut kreativiti masing2. 

Untuk resipi ini akan menghasilkan antara 10 hingga 12 biji bun, bergantung pada saiz paper cup yang kita guna. Kalau guna yang saiz 4 inci, boleh dapat dalam 10 biji, kalau yang kecik sikit macam che mat guna tu, boleh dapat dalam 12. Nak buat lagi kecik pun boleh, tapi saiz2 macam dalam gambar tu elok lah, molek dah, tak besar sangat dan tak kecik sangat. Jika tak suka tuna, boleh ganti dengan sardine, kalau guna sardine, che mat sarankan toksah lah guna mayonnaise, macam tak kena saja, cuma guna sardine dan tambah sedikit sos tomato. Tuna roll bun ni sedap dimakan suam, tapi dah sejuk pun sedap, sebab lembut ajer. Mana yang ada breadmaker atau cake mixer tu, boleh gunakan untuk bikin doh roti, kalau takde, henyak guna tangan pun boleh, cuma makan masa sikit lah. Ok, jomm kita semak resipi kat bawah ni...

BAHAN-BAHAN DOH :-)
250 gram tepung berprotein tinggi (tepung roti)
50 gram gula halus
1/2 camca teh garam halus
10 gram susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 gram telur (pecahkan sebiji telur dalam mangkuk, kacau rata dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (jika guna bread maker, pakai air biasa)

BAHAN-BAHAN INTI TUNA :-)
2 camca beaar mentega, dicairkan dan biar sejuk
1 tin tuna, toskan dan lecek halus
1 biji bawang holland saiz sederhana, didadu kecil
1 biji limau kasturi, perah jusnya
1/4 camca teh serbuk lada hitam
2 1/2 camca besar mayonnaise
1 pokok daun bawang, hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK DOH ROTI - KAEDAH ULI TANGAN :- Masukkan instant yeast ke dalam mangkuk kecil, masukan 1 camca teh gula halus (ambik dari bahan2 doh) dan 50 ml air suam (juga ambik dari bahan2 doh), kacau rata dan biarkan 5 minit hingga berbuih. Semenatara itu masukkan semua baki bahan2 doh kecuali air suam dan mentega ke dalam mangkuk besar. Gaul rata dan buat luban di tengah2nya. Tuang bancuhan yeast, gaul rata dan tuang baki air suam sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Tambah mentega, gaul rata dan uli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal, kurang lebih 20  minit. Bulat2kan doh, masukkan ke dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak, tutup dengan plastik cling dan perap sejam.
  2. KAEDAH BREAD MAKER :- Masukkan air, tepung roti dan kesemua bahan2 untuk doh. Pilih setting untuk doh dan tekan ON, breadmaker akan mula menggaul bahan2 tadi selama 5 minit, kemudian proses menguli akan berjalan selama 25 minit. Siap tu breadmaker akan memerap selama sejam dan bunyi 'bip..bip..bip' akan berbunyi dan tanda doh sudah siap diperap dan boleh dibentuk. (setting menguli breadmaker bergantung pada jenis breadmaker yang kita gunakan).
  3. UNTUK TUNA ROLL BUN :- Satukan semua bahan2 untuk inti tuna kecuali mentega cair dan hirisan daun bawang. Kacau hingga semua rata, ketepikan. Keluarkan doh sari breadmaker atau mangkuk. Tabur meja kerja dengan sedikit tepung. Tumbuk doh tadi untuk membuang udara dan uli sekejap dalam 2-3 minit. Canai doh jadi menjadi 4 segi memanjang.
  4. Sapukan permukaannya dengan mentega cair dan ratakan inti tuna atasnya. Berhati2 gulung doh tadi seperti kita membuat swiss roll, gulung hingga ke hujung, cantumkan dan kemaskan. Kemudian menggunakan pisau tajam keratkan kepada 10 atau 12 bahagian, bergantung pada saiz paper cup yang kita guna. Masukkan ke dalam paper cup dan tekan sedikit atasnya. Buat hingga selesai dan perap lagi sejam.
  5. Panaskan oven pada suhu 190 C, sapu baki telur tadi atas permukaan tuna roll dan tabur hirisan daun bawang yang kita asingkan tadi. Bakar selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Boleh keluarkan dari oven, sejukkan atas jaringan sepenuhnya dan boleh dihidangkan untuk minum petang, selamat mencuba!

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "RESIPI TUNA ROLL BUN"

Posting Komentar