RESIPI KEK KUKUS PELANGI

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat rajin sikit, errr, sebenarnya boring giler tadi, rasa macam bongok ajer bersidai kat dapur, tak tau apa nak buat. Tu yang saja2 cuma buat kek kukus pelangi, resipi che mat guna dari sini. Dan seperti biasa, ada sedikit yang che mat ubah, bukan derhaka, tapi gunakan apa bahan yang kat rumah, itu saja. Kek kukus pelangi ni agak mudah dan kalau kita perhatikan bahan2 dia, lebih kurang macam resipi apam puteri ayu, alaa, apam yang ada kelapa parut tu, yang kaler hijau tau...tak tau juga, sila google, kalau masih tak tau juga...sila pi terjun bangunan. Kek ini memang meriah, rasa dia pun ok, sedap. Kalau kita hidangkan untuk minum petang, memang ceria giler dengan warna pelangi. Ingat yea, warna pelangi tu Allah swt memang dah ciptakan untuk manusia menikmati agar kita beriman kepada pencipta. Bukan sebab lambang LGBT....Grrr...bodoh lah orang yang beranggapan macam tu...huhh...

Che mat gunakan acuan berukuran 8 x 3 x inci, dan sedang elok saja jadinya. Setiap warna dikukus selama 3 - 4 minit sahaja atau hingga permukaannya masak. Jangan kukus lebih masa, nanti kek jadi kering. Satu lagi, api kena sederhana, kalau kuat takut pulak jadi kuih apam, dia merekah. Warna sebenarnya boleh ikut kegemaran masing, tapi dah nama pun kek kukus pelangi, kena lah ikut warna2 pelangi, walaupun kurang satu warna pada kek tu (pelangikan ada 7 warna, kek tu ada 6 warna ajer). Bagi yang takde oven tapi nak juga buat kek, resipi ini amat sesuai. Dan rasanya in sha Allah tidak mengecewakan. Jika ada waktu terluang, jangan lupa cuba, resipi che mat tuliskan kat bawah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur gred A
100 gram gula pasir (resipi asal guna 150 gram)
150 gram tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak), resipi asal takde baking powder
110 ml minyak jagung @ minyak masak
4 camca besar pati santan (resipi asam guna susu segar)
Secubit garam (che mat tambah, sebab guna santan)
3/4 camca besar ovallate
1 camca teh esen vanilla
Pewarna makanan Ungu, Biru, Hijau, Kuning, Oren dan Merah Jambu secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan kukusan, balut penutupnya dengan tuala dapur bersih. Lenser tin kek berukuran 8 x 3 x 3 inci dengan minyak masak atau mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar telur, gula pasir, garam (jika guna), esen vanilla dan ovallate dengan kelajuan tinggi sehingga kembang, pekat dan gebu, kurang lebih 8 minit. Matikan mixer, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul dengan spatula hingga rata.
  3. Tambah santan dan minyak jagung, gaul perlahan dengan spatula hingga semua sebati. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian sama rata, kalau rajin boleh timbang, setiap bahagian kurang lebih 108 gram.
  4. Warnakan setiap bahagian dengan pewarna masing2 (Ungu, Biru, Hijau, Kuning, Oren dan Merah Jambu), kacau rata. Untuk lapisan pertama, tuangkan warna ungu ke dalam tin, ratakan dan kukus selama 3 - 4 minit, gunakan api sederhana.
  5. Seterusnya, lapiskan dengan warna biru dan kukus lagi 3 - 4 minit. Diikuti dengan warna hijau, kuning, oren dan akhir sekali merah jambu. Untuk lapisan terakhir, warna merah jambu, kukus selama 5 minit. Bila kek masak, keluarkan dari kukusan dan biarkan sekejap. Keluarkan kek dari acuan dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan. Boleh potong dan hidangkan. Selamat mencuba!

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "RESIPI KEK KUKUS PELANGI"

Posting Komentar