RESIPI MI HOON GORENG TOMYAM

Assalammualaikum, selamat pagi Jumaat. Pagi ni che mat bersarapan mi hoon goreng tomyam. Entahlah tiba2 tekak ni nak makan mi hoon style macam tu, yang pedas, masam dan beraroma. Satu lagi takmo resipi yang renyah, payah nak buat dan memeningkan, Yelah, kita ni kalau boleh masak nak cepat, yea dak. Resipi ni memang cepat, che mat guna 2 ketul kiub tomyan Maggi, ok, yang ni terpulang, kalau nak guna yang pes pun boleh, ikut apa yang ada kat rumah. Sebab che mat nak yang pedas, dalam rencah dia, kita tambah 5 biji cili padi siam yang kaler merah tu wakk, apa lagi berasap jugak telinga ni tadi. Yang telur rebus tu dari berkat orang kawin, sebab malas nak goreng telur mata, che mat hentam saja, taruk telur rebus, nampak macam tak kena ajer, tapi gasak lah, dari kosong ajer, sekurang2nya nampak manis juga lah bila ada telur.. Meh kita semak resipi, tapi ni cara che mat lah yea..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram mi hoon rendam hingga lembut atau siram dengan air panas mendidih, dan toskan
Udang secukupnya, dibersihkan
1 keping fishcake, hiris
1 keping tauhu, didadu dan goreng, angkat dan toskan
1/2 cekak kucai, kerat pendek
2 kiub tomyam MAGGI
2 genggam longgar taugeh, dibersihkan
3 camca besar sos cili thai
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukupya
1 batang serai, diketuk
3 helai daun limau purut
1 pokok daun ketumbar, hiris
1 biji limau nipis, perah jusnya
Telur rebus @ telur mata, untuk hiasan
Hirisan daun ketumbar, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Limau kasturi, dibelah 2, untuk hiasan

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
2 1/2 camca besar cili kisar
5 biji cili padi Thai
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 camca besar udang kering, cuci dan rendam 10 minit

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 4 camca besar. Tumis serai dan bahan2 kisar halus hingga wangi. Masukkan sos tiram dan sos cili thai, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Masukkan sediki air, tambah kiub tomyam (hancurkan) dan daun limau purut, kacau rata. Masukkan udang, tauhu goreng dan fishcake. Kacau rata dan masak hingga udang berubah warna.
  2. Masukkan mi hoon, gaul hingga rata. Tambah sos ikan secukup rasa, masukkan kucai, kacau dan tambah taugeh dan jus limau nipis. Gaul rata. sesuaikan rasa dan jika ok, boleh matikan api. jangan masak lama2, nanti taugeh tak rangup. Hias dengan telur, rebus, hirisan daun ketumbar, bawang goreng dan belahan limau kasturi. Hidangkan segera, sedap dimakan panas2..Selamat mencuba!

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "RESIPI MI HOON GORENG TOMYAM"

Posting Komentar