Assalammualaikum, salam semua. Hari ni Selasa 31 hb Disember, hari terakhir di tahun 2019. In sha Allah esok kita dah berada di tahun 2020, kata orang, zaman kereta terbang. Tak kesahlah apa pun, janji kita Allah beri kita semua kesihatan yang baik, rezeki yang murah dan negara kita aman dari anasir2 luar yang merosakkan. Hari ni che mat masak awal pagi, sebab ada urusan nanti. Menu pilihan hari ni ialah lemak cili padi ayam sama cendawan. Rasa bosan pulak asyik taruk kentang ajer, maka hari ni kita tukar dengan cendawan tiram. Ayam che mat guna ayam kampung dan santan pulak guna santan kotak saja, tak sempat nak parut2 kelapa bagai, nak cepat. Kalau santan kotak, che mat guna brand KARA. Sebab utamanya, rasa santan dia sama macam yang asli. Resipi che mat ni boleh dikatakan style orang Nismilan masak, tak guna bawang, jimat lah sikit, sebab sekarang ni harga bawang pun mahal, yea dak. Ok, jomm semak resipi, esok cuti, boleh lah try masak..
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung
Cendawan tiram secukupnya, (che mat beli dalam RM 3)
2 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
2 keping asam gelugor
200 ml santan KARA ( kotak kecil)*
1/4 cawan air panas*(*disatukan dan kacau rata)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
3/4 cawan cili padi kampung, che mat campur yang merah dan hijau
2 inci kunyit hidup, pilih kunyit yang tua
1 inci halia
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ayam dipotong ikut suka, cuci bersih, gaul dengan jus limau nipis dan garam kasar, anggaran 1 camca besar, hingga rata. Perap 15 minit, cuci kembali hingga besih dan toskan. Cendawan tiram dicuci, perah dan toskan. Jika saiz cendawan besar, potong sedikit, jika saiz kecil, boleh guna sekuntum2. Ketepikan.
- Masukkan ayam, serai dan bahan2 kisar halus ke dalam periuk. Gaul rata dan masak hingga ayam kecut dan berubah warna. Tuang air hingga ayam tenggelam. Masukkan asam gelugor dan masak hingga ayam empuk. Tambah air panas jika perlu. Masukkan cendawan, kacau dan boleh tuang santan. Kacau perlahan.
- Masukkan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api kecil. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api, jangan masak lama sangat, nanti cendawan jadi lembik dan kurang sedap. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
0 Response to "RESIPI LEMAK CILI PADI AYAM SAMA CENDAWAN"
Posting Komentar