Assalammualaikum, salam Jumaat semua. Hari ni che mat masak yang ringkas, semalam masak lemak cili padi ayam kampung dan masih berbaki lagi, jadi rasa macam malas pulak nak masak beriyea. Setakat goreng kacang panjang dengan hati dan pedal ayam, lepas tu buat sambal kelapa, yang ni pun sebab ada ulam raja dan pegaga kat rumah. Korek2 peti sejuk, ada pulak timun jepun dan tomato sebiji, pun boleh lah kita jadi kan bahan2 untuk dimakan sama sambal kelapa. Sambal kelapa kurang lebih macam nak buat urap. Tapi kelapa dia takde lah disangai macam nak buat urap, cuma dimakan mentah dengan ulam2man. Mungkin lain orang lain cara mereka buat sambal kelapa, yang ni versi che mat. Satu nak pesan, kelapa dia kalau dapat yang fresh, baru diparut dan jangan pilih kelapa tua, nanti berhampas, pilih yang sederhana tak muda sangat dan tak tua sangat.
Untuk rencah sambal kelapa ini boleh ikut selera masing2, ada yang gunakan ikan bilis dan udang kering, tapi che mat guna belacan bakar dan isi ikan kembong goreng. Ikan tu boleh juga dibakar, kendian ambik isinya. Kalau suka pedas boleh lebihkan cili api. Che mat guna sebiji cili merah untuk dapatkan warna yang cantik, selebihnya guna cili padi. Disebabkan sambal kelapa ni mentah, jadi kalau tak habis, simpan dalam bekas kedap udara dan taruk dalam peti sejuk. Tapi kan, rasa che mat sekali makan ajer boleh licin dah, sebab sedap, apa tah lagi bila diregukan dengan ulam2an. Tambah pilak kalau ada petai, memang tunduk lah masing2 makan, tak angkat muka. Kalau ada yang teringin nak mencuba, boleh semak resipi kat bawah ni...Selamat mencuba!
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji cili merah
15 biji cili padi kampung, boleh lebih atau kurangkan
1 inci belacan
1 ekor ikan kembong
2 biji bawang merah kecil, hiris
1 cawan kelapa parut putih
Garam dan gula secukup rasa
Jus limau nipis atau limau kasturi secukup rasa
BAHAN-BAHAN ULAM :-)
Ulam raja secukupnya
Pegaga secukupnya
Tmun secukupnya
Tomato, dibelah
Dan sebarang ulam2man yang anda suka
CARA MEMBUATNYA :-)
- Belacan dibakar hingga wangi, ikan kembong disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam. Goreng atau bakar ikan tadi hingga masak. Ambik isinya dan ketepikan.
- Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan hingga lumat. Masukkan sedikit garam dan gula, tumbuk hingga sebati. Tambah bawang merah dan isi ikan, tumbuk hingga hancur. Akhir sekali masukkan kelapa parut, tumbuk perlahan, tapi tak perlu sampai halus, gaul rata. Masukkan jus limau nipis atau limau kasturi secukup rasa. Boleh hidangkan dengan ulam2man....
0 Response to "RESIPI SAMBAL KELAPA"
Posting Komentar