RESIPI LEMAK UDANG NANAS

rsz_lunp
Assalammualaikum, salam semua. Masak apa hari ni? Che mat masak lemak udang nanas, menu permintaan mak che mat. Semalam (Sabtu), masa pergi ke pasar pagi di Benut, Pontian, ada pulak orang jual udang galah, tapi taklah besar sangat. Saiz biasa2 saja dan yang penting bukan udang kolam, tapi sungai  orang tu pi mancing sendiri. Dah ada udang, nanas pun ada, sesuailah kalau dimasak lemak. Kali ni che mat guna resipi orang peranakan baba nyonya. Apa bezanya dengan masakan orang melayu? Pada asasnya tak delah beza sangat, cuma dalam bahan2 lemak udang nanas nyonya ni, dia orang ada tambah belacan dan buah keras (tapi orang kita pun ada juga taruk belacan, yea dak). Mereka masukkan daun limau purut, tapi kita taruk daun kunyit. Che mat masukkan dua2, daun kunyit dan daun limau purut. Resipi tak susah, yang penting bahan2 tu kena fresh, kena segar, in sha Allah hasil masakan kita akan jadi sedap. Ok, jomm tengok resipi kat bawah ni...

BAHAN - BAHANNYA :-)
10 ekor udang galah atau ikut budget masing2, dibersihkan cuci dan toskan
1 biji nanas madu, kupas, buang empulur dan hiris sederhana tebal
2 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
2 helai daun limau purut
1 keping asam gelugor
300 ml pati santan
1 liter santan cair
Garam secukup rasa
Sedikit gula, jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
10 biji cili padi (optional)
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
3 biji buah keras, dihiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bahan2 kisar halus ke dalam periuk, tambah serai, asam gelugor dan nanas, gaul rata, tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan udang, daun limau purut dan daun kunyit, kacau perlahan.
  2. Masak hingga udang berubah warna, tuang pati santan, dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar mendidih dengan api sederhana dan kacau sentiasa agar santan tidak berkepala. Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi panas, sambal belacan, telur dadar cencaluk dan ulam2man.
CATATAN MAT GEBU :- Jika guna santan kotak, gantikan santan cair dalam resipi dengan air. Dan masukkan santan kotak ( santan kotak - 200 ml + 1/4 cawan air dan kacau rata) bila udang dah berubah warna. Lepas tu masak seperti biasa. Menu ni lagi sedap selepas dimasak beberapa jam. Selamat mencuba!

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "RESIPI LEMAK UDANG NANAS"

Posting Komentar