RESIPI BISKUT PANDAN NESTUM

rsz_bpn0
Assalammualaikum, salam Jumaat 9 Ramadan. Ada yang dah mula bikin biskut raya? Che mat baru mula semalam. Tahun ni buat mana yang termampu saja, tak boleh nak ganas2 sangat buat masa sekarang. Tapi apalah makna hari raya tanpa biskut dan kek, yea tak. Nak2 kalau hampir nak hujung Ramadan, kalau ada bau2 aroma orang bakar biskut lagi terasa kemeriahan hari raya. Kali ni mana2 biskut yang dah selalu che mat buat, tak perlu kongsikan resipi di blog, sebabnya sama saja kecuali gambar berbeza. Tapi kalau biskut yang pertama kali buat, yang tu wajib lah tulis resipinya di blog. Biskut pandan nestum ni sebenarnya berzaman orang dah buat, kita saja baru terkial2 nak mencuba. Resipi che mat dapat dari blogger masak2 terkenal Qaseh Honey , dia pun dah berzaman buat, sejak 2013 lagi. Takpe, kita cuba, kalau biskut ni sedap, resipi dia bolehlah disimpan, kalau kurang, sekali buat sudah lah, jangan tidak kata orang...

rsz_bpn1
Habis tu sedap ke tak?..Pada citarasa che mat lah kan, biskut pandan nestum ni not bad, sedap dan bagi penggemar2 rasa pandan, ini memang pilihan anda. Cuma agak manis, jadi penggunaan gula aising tu boleh dikurangan sedikit bagi yang tak suka biskut manis2. Secara keseluruhannya biskut ini boleh dikategorikan resipi yang boleh disimpan untuk rujukkan masa datang. Satu lagi, jika tak suka perisa pandan, boleh saja tukar pada esen vanilla atau perisa mocha, pun sedap. Ikut citarasa masing2 lah, tapi sukatan yang lain tu toksah pandai2 oter, takut kurang menjadi nanti, dah salahkan resipi pulak. Nak mencuba?..Ok. che mat tuliskan resipinya di bawah ini..

BAHAN - BAHANNYA :-)
250 gram mentega
120 gram gula aising, diayak (pada che mat agak manis, boleh taruk 100 gram saja)
50 gram nestum, kisar kasar (che mat ramas saja)
300 gram tepung red rose + 1/4 cawan lagi (guna tepung gandum pun boleh)*
1/4 cawan susu tepung (boleh ganti dengan serbuk coffemate)*
1 camca teh baking powder*(*disatukan, gaul rata dan diayak)
2 camca teh pes pandan (che mat guna pes pandan cap kupu2, dari Indonesia)
Sedikit pewarna hijau (tak letak sebab pes pandan tu kaler dia dah cantik)
1 kuning telur + 1 camca besar susu cair = kacau rata, untuk disapu atas biskut
Nestum secukupnya, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati dan berkrim. Tambah pandan pes dan pewarna hijau (jika guna, che mat tak pakai). Putar hingga rata. Kemudian masukkan nestum, putar pada kelajuan perlahan hingga nestum rata.
  2. Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang lembut yang boleh dicanai. Ok, matikan mixer, bagi adunan kepada 4 bahagian dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembabkan. Tujuan untuk mengelakkan doh masuk angin dan mengeras.
  3. Ambil satu bahagian doh (tutup baki adunan dengan tuala lembap), canai doh di antara 2 helai plastik bersih setebal 1/2 cm, terap dengan acuan kegemaran anda dan susun dalam dulang pembakar. Sapu permukaan biskut dengan bancuhan telur + susu tadi dan hias dengan nestum di atasnya. Buat hingga siap.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu (sekurang2nya panaskan oven selama 10 minit sebelum membakar biskut), pada suhu 160c selama 20 minit, bergantung pada oven masing2. Bila biskut masak, biarkan sekejap dalam dulang, kemudian sejukkan biskut atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. Menghasilkan kurang lebih 130+ keping, bergantung pada saiz acuan yang digunakan. Selamat mencuba!

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "RESIPI BISKUT PANDAN NESTUM"

Posting Komentar