AYAM MASAK MERAH
1.2 kg ayam,dipotong dan di gaul dengan sedikit serbuk kunyit ,serbuk chilie dan garam perap selama 2 jam. Goreng tapi jangan garing nanti keras isi ayam. Ketepikan.
300 gm ubi kentang,buang kulit potong cube dan goreng ketepikan*
1 tin kecil kacang peas,toskan *
2 biji bawang Holland,dipotong besar*
½ cawan sos tomato
½ cawan sos chilie
1 cube stock ayam
1 s/t serbuk garam masala
Garam secukup rasa
Minyak secukup nya untuk tumis
Bahan kisar:
10 tangkai chilie kering, saya pakai chilie Kashmir
150 gm bawang besar
30 gm bawang putih
30 gm halia
30 gm serai
1. Tumis bahan kisar hingga garing dan naik minyak.
2. Masukkan serbuk garam masala dan stock ayam kacau rata.
3. Tuangkan sos tomato dan sos chilie kacau rata masuk 2 cawan air dan biarkan mendidh dan naik minyak.
4. Masuk ayam dan gaul rata masak lagi sebentar.
5. Masuk bawang dan ubi kacau rata dan masak hingga bawang layu last masuk kacang peas. Kacau rata bila dah sebati semua nya tutup api.
Nota: *jika tak suka tak payah masuk.
0 Response to "AYAM MASAK MERAH"
Posting Komentar