Assalammualaikum, salam semua. Malam semalam tiba2 che mat termengidam nak makan nasi ulam. Bila sebut nasi ulam, macam2 jenis ada, nasi ulam style utara, nasi ulam nyonya peranakan dan kalau belah2 pantai timur ada pulak nasi seakan2 nasi ulam, dipanggil nasi kerabu. Nasi kerabu lagi meriah dengan lauk pauk dan sambalnya. Nasi ulam, lebih ringkas dan dalam nasi tersebut terkandung banyak ulam2man, herba2 dan lain2 bahan lagi. Nasi ulam satu hidangan yang amat sihat dan boleh dimakan begitu saja atau juga dimakan dengan sambal udang, rendang dan sebagainya, Tapi tidak sesuai dengan lauk yang berkuah. Untuk resipi ini che mat gunakan beras rebus atau beras separuh masak (pre-boiled). Boleh juga guna beras basmathi. Untuk mendapat nasi ulam yang elok, nasi harus dimasak berderai dan jangan terlebih air. Ulam2man anda boleh gunakan apa yang ada (minta maaf sebab che mat tak sempat nak ambik gambar ulam2man siang tadi atas sebab kekangan masa, in sha Allah di lain masa, che mat kongsikan gambar2nya). Ok, meh che mat kongsikan resipi nasi ulam...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan beras pre-boiled (beras rebus) atau boleh guna beras basmathi dan sukatan airnya sama.
2 cawan air
1 camca teh garam
1 helai daun pandan, disimpul
BAHAN-BAHAN ULAM :-)
2 helai daun kunyit
10 helai daun kaduk
4 helai daun cekur
2 batang serai, ambik bahagian putih sahaja
4 helai daun limau purut
1 genggam daun kesom
1 genggam daun pudina
1 genggam daun selasih
1 kuntum bunga kantan
5 biji bawang merah kecil
1 inci kunyit hidup muda
2 inci halia muda
BAHAN-BAHAN LAIN :-)
2 camca besar kerisik
1/2 camca besar lada hitam, tumbuk halus
1 genggam udang kering cuci, toskan dan goreng tanpa minyak hingga harum, kisar halus
2 ekor ikan kembong, disiang, cuci bersih dan panggang hingga masak, ambik isinya dan tumbuk halus (kalau darurat, boleh guna ikan tuna dalam tin, tapi toskan dulu air atau minyaknya hingga betul2 kering)
Sedikit garam, jika perlu
CARA MEMUATNYA :-)
- UNTUK NASI :- Cuci beras (macam masak nasi biasa, cuci 3 kali dan toskan airnya), masukkan dalam rice cooker, tuang air 2 cawan, masukkan daun pandan dan 1 camca teh garam. Gaul rata dan masak seperti biasa. Bila nasi dah masak, biarkan 5-6 minit, kemudian gemburkan. Alihkan nasi ke dalam mangkuk besar dan biarkan nasi sejuk.
- UNTUK ULAM-ULAMAN :- Kunyit hidup muda, halia muda dan bawang merah dimayang halus dan ketepikan. Semua jenis ulam dicuci terlebih dahulu dan toskan sampai betul2 kering (daun kunyit, daun kaduk, daun limau purut dan daun cekur, che mat lap dengan tissue dapur sampai kering, yang lain2 tu biarkan kena angin sampai kering sendiri). Kesemua ulam2man tadi termasuk serai dan bunga kantan dimayang halus. Ketepikan.
- UNTUK NASI ULAM :- Masukkan udang kering kisar, isi ikan kembong yang telah ditumbuk, lada hitam. kunyit hidup, halia dan bawang ke dalam mangkuk berisi nasi. Gaul hingga rata. Kemudian masukkan semua bahan2 ulam yang telah dimayang halus. Gaul lagi hingga semua rata. Rasa dan jika perlu baru dimasukkan sedikit garam. Boleh hidangkan...Selamat mencuba!
0 Response to "RESIPI NASI ULAM"
Posting Komentar